Minggu ni aku terlalu busy sehinggakan aku tidak berkesempatan utk update atau mencatat sedikit memo pon pada 15 Julai 2009...ari ni baru ada masa tu pon kat umah...sesuatu aku nak kongsi dan luahkan adalah mengenai angka 15. Angka ini terlalu memberi sejarah bagi diriku dan keluarga....semuanya bercampur manis & pahit...antara peristiwa yang menggembirakan ada hari perkahwinanku iaitu 15 Mei 2003 & tarikh konvokensyen Bach. IT (Computer Sciences) UKM iaitu 15 Ogos 2007 dan peristiwa sedih yang menimpa keluargaku ialah tarikh kembalinya adik aku no 2 iaitu satu-satunya harapanku sebagai pembela keluarga & pelindung keluarga selepas kematian Abah yang disayangi & dikasihi iaitu Mohd Bustanul Ariffin (panggilan manja Anu)yang meninggal pada 15 Julai 2007 jam 6 pagi sesudah azan Subuh.
Nu kehilanganmu amat dirasai kerana terlalu banyak sejarah dan ingatan akak terhadapmu...akak rasakan bagai patah bahu kanan...bukan apa selain akak, kau la harapan ma antara anak-anaknya yang sudah bekerja....ma membesarkan kita 7 beradik setelah kematian abah pada tahun Ogos 1995 dengan kesabaran, ketabahan dan kudrat yang dia ada...bermacam-macam onak & duri yang dilalui oleh ma...tahun 2003 kita telah kehinggaan adik bongsu iaitu Mohd Ashraf. Tahun ini juga ma diuji dengan kehilangan salah seorang insan kesayangannya. Walau pon kehilangan adik sesuatu peristiwa yang amat menggejutkan kita sekeluarga tetapi ma tetap kelihatan cam biasa...kesabaran & ketabahannya diuji namun air mata seorang ibu akhirnya tumpah di malam hari dikala kesunyian memecah kerinduan terhadap adik yang sentiasa menjadi teman tidurnya....Ma aku berbangga mempunyai seorang ibu seperti kau...tiada ibu sebaik ko...aku tak peduli apa orang nak kata kerana aku amat memahami apa yang kau rasa...Nie doakan ma sentiasa dirahmati & dilindungi Tuhan...Nie akan menjaga ma sehingga ke akhir hayat Nie....Nie tak kisah kalau Nie terpaksa gadaikan anggota Nie untuk kesenangan Ma.........
Alamak terlalu sedih lah aku ni.....ok berbalik kepada sambungan tadi....setelah kematian adik tahun 2003 iaitu sebelum aku berstatus 'isteri', tahun 2004 Anu mengadu demam & tidak sihat..demamnya berpanjangan aku dan ma sudah nasihatkan dia pergi ke klinik untuk berjumpa doktor...setelah berjumpa doktor, Anu dia tahan kerana disyaki demam denggi..semasa dihospital Anu pula disyaki pengidap leukimia..terkejut kami sekeluarga sebab dikalangan keluarga kami tak ada sejarah penyakit leukimia
Kehilangan adik belum pudar kini satu lagi titik itam dalam keluarga kita....setelah setahun Anu menjalani kimoterapi iaitu satu-satunya rawatan yang umpama membunuhnya sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu...sejak dari inilah Anu diberi cuti sakit selama 2 tahun....masuk hospital keluar hospital sudah menjadi rutin bagi Anu, ma & adik2 yang lain...aku hanya mampu menjaga & menemaninya ketika cuti...Anu maafkan kak kerana terlalu sedikit masa yang kak peruntukan untuk menjagamu kerana akak terikat dengan kerja di siang ari dan kelas di malam ari....nak ku berhenti kerja itulah duit yang ku guna untuk menampung apa yang patut bagi meringankan beban ma dan dari duit tu jugak la aku biaya yuran pengajian Degree ku dia UKM...nak berhenti ma melarangku kerana aku sudah separuh jalan dan kata ma, aku lah contoh untuk adik-adik.
Pertengahan tahun 2006, kami sekeluarga terkejut lagi iaitu Anu dikesan ada ketumbuhan dalam kepala.Ketumbohan itu dikesan selepas Anu mengadu sakit kepala teramat sangat di Kem Sg Udang...dihospital kem itu Anu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat pemeriksaan lanjutan...doktor memberitahu anu ada ketumbuhan dikepala kanan sebesar sebijik telur ayam kampung...Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang Anu rasa, Ma rasa, aku rasa dan adik-adikku rasa kerana hari yang sepatutnya Anu balik kg untuk pertunang, hari itula Anu didapati ada ketumbuhan dikepala kanan.Anu bertunang tanpa kehadirannya...sesuatu yang aku sendiri tidak boleh membayangkan apa yang dirasainya...Nu kak doakan semoga Allah membalas segala kesusahan,kesakitan,kesabaran & ketabahanmu..Aminnn
Akhir tahun 2006, aku telah menjalani satu pembedahan kecemasan di Hospital Kubang Kerian(HUSM) kerana didapati tidak sedarkan diri....doktor menasihatkan Anu dibedah secepat yang mungkin kerana ketumbuhan sudah besar...Anu selamat dibedah dan tempurung kepalanya tidak diletak...alasan doktor takut ada jangkitan dan bile didapati semua sudah baik, pihak doktor akan memasangnya...jadi tempurung itu disimpan di HUSM..simpan camne aku pon xtau kerana sepanjang hayat Anu, dia ada pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan balik tempurung dia....selepas pembedahan, Anu semakin sihat dan dia telah mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2006...
Last Anu datang umah aku, awal tahun 2007..masa tu dia hantar wife dia posting cikgu disekolah kat Kepong...seingat aku dia sihat sangat...bleh drive keta dr Kelate ke KL lepas tu g KL la..g Kepong la...g Melaka la...jalan-jalan....satu petang, Anu balik rumah aku dengan keadaan xboleh bergerak...kaki berat untuk mengangkat terus jadi cam orang lumpuh kaki masa tu yang ada wife dia dan Md Shah iaitu kawan baik arwah ni....selepas dari itu aku terus menyuruh Md Shah balik kampung kerana disini susah untuk menjaganya kerana disiang ari aku bekerja & malam aku pergi kelas...sejak dari inilah Anu sekejap-sekejap bleh jalan sekejap-sekejap xbleh jalan sehingga satu ari tu dia bleh jalan...punyalah kudratnya dia berjalan sekeliling kampung...Anu dijaga oleh Md Shah, Mali & Md Ja sepanjang dia dikampung....Md Shah, Mali & Md Ja adalah di antara sahabat baiknya yang boleh dipercayai itu sebabnya pihak Komandor menghantar mereka bertiga...Md Shah menjaga arwah ni dia awal arwah balik kg...setelah Md Shah didapati sakit bahu, Md Shah diganti dengan Md Ja & Mali sehinggalah ke akhir hayat Anu iaitu 15 Julai 2007.....Nu semoga Allah merahmati rohmu dan golongan ko bersama-sama orang beriman & bertawakal kepadaNya....Anu xberkesempatan melihat anaknya iaitu Alia Batrisya yang sudah berumur 1 tahun lebih..Alia dilahirkan tanpa menatap wajah seorang bapa...kak berjanji, selagi hayat dikandung badan, akak xakan biarkan Alia hidup dalam kesusahan, kekurangan kasih sayang dan mengsia-siakan dia...akak akan mencuba sedara upaya akak menjadikannya anak yang solehan & berjaya didunia dan diakhirat...akhir kata dari kak ...apa yang termampu akak beri & hadiahkan ada la Surat Al-Fatihah & Al-Ikhlas serta doa yang berpanjang....maafkan akak jika ada silap & salah serta kekurangan akak...akak halalkan segala-galanya dan maafkan segala-galanya....Aku xterasa kehilangan mu tp rindu sering menerpa pintu hati ku, telinga rindukan suaramu & gelak tawamu, hati mengatakan kau sentiasa melihat ku sambil tersenyum bersama-sama Abah & Adik Ashraf... :( ...tunggu la kehadiran kami...bileeee..hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahuinya....
Dimalam akad nikah Anu...
Inilah Alia Batrisya Bt Mohd Bustanul Arrifin yang diharikan pada 18 Feb 2007
Pesanan utk Alia Batrisya : Papa Alia seorang yang penyayang..Percayalah dia amat menyayangi Alia sepenuh jiwanya kerana Alia ada satu-satunya zuriat...penyambung generasinya...Semoga Alia menjadi Insan yang berguna dia Dunia & Akhirat

HAJI GUNA KERUSI RODA ELEKTRIK/ELECTRIC WHEELCHAIR
-
Assalammualaikum semua
Cepat sungguh masa berlalu. Baru rasanya kami berdua ke sana pada tahun
lepas.
Tak lama lagi akan tiba pula musim haji tahun 2025...
1 year ago






0 comments:
Post a Comment